Sunday, May 30, 2004

2nd Week of Exam

Date: 08/05/2004
Place: Hougang, Singapore

Alhamdulillah, Abi dah selamat pulang dari Malaysia. Musyrifah pun dah selamat sampai di KUSZA. InsyaAllah tahun depan Musyrifah dah tamat pengajian di sana. Nak ikutkan jauh juga belajar di Terengganu tu…
Kasihan Abi, tak tidur dua hari… Waktu Abi sampai, jam dinding dah menunjukkan pukul 8:45 malam. Mata Abi yang sebelah kanan terlalu merah sebab kurang tidur… bahkan tak tidur pun… Bila Abi sampai di JB (Johor Baharu), terus Abi dan Cik Din solat maghrib dan jama’kan sekali isya’ disitu…
Penuh tangan Abi, bawa balik buah tangan dari Malaysia… Abi bawa balik lemang yang baru dibakar dari sana, masih segar lagi, baunya pun dah menggoda. Mmmmm…. Wangi sungguh bau lemang yang Abi bawa balik… haa! Dapat juga rasa makan lemang… hai…! Sedih pula bila kenangkan nasib tak dapat pergi ke sana… boleh juga tengok indahnya hutan rumpin, biar mengerikan suasananya, tapi mesti terpikat bila dah tengok pohon-pohon hijau yang menjalar tinggi di kiri dan kanan jalan raya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home