Thursday, June 03, 2004

Masa Berlalu Tak Ku Sadari

rasanya cepat benar masa berlalu, aku rasa seolah-olah baru semalam aku menjejakkan kaki ke Nanyang Polytechnic. Sekejap dah masuk tahun tiga(bagi aku tahun empatlah... hahahah). Semester ni, aku kena mulai dengan projek dulu. Aku harap aku dapat habiskan cepat-cepat.
Attachment belum tahu kena kat mana. Nanti bila masanya dah tiba barulah aku tahu... Yang penting bagi aku, tempat dan suasanaya bagus, kalau kena kat skolah pun tak apelah. kalau pat skolah, aku dah biasa dengan keadaan disini. so no problemlah.
keadaan kat rumah aje yang aku tak boleh handle. adik-adik aku cam susah sikit nak kawal... kadang kesian tengokkan diorang, kadang gelihati dengan telatah diorang, kadang geram juga dengan diorang; aku sedar aku bukanlah seorang kakak yang terbaik sedangkan aku yang paling tua...tapi aku tak nak nanti adik-adik aku ikut sikap buruk aku ni... aku kasar orangnya, lebih mirip lelaki daripada perempuan.
walaupun kekadang, ataupun lebih benar, seringnya aku memakai pakaian wanita tapi sikap aku lebih banyak kepada lelaki.
Dalam diri aku sendiri, seolah-olah ada dua jiwa... bukan pakaian yang menentukan sikapku, tetapi...entahlah...
Aku tak tahu kenapa, seringnya aku rasakan diriku sebagai lelaki dari wanita. kebanyakan yang tahu, hanya suka mengkritik dan mencemuh, sedangkan aku bukannya sengaja nakkan sangat jadi lelaki...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home